Perasaan kita acap kali diasak dengan ungkapan CINTA...tapi adakah CINTA itu wujud?..apakah bukti kewujudannya..dan dapatkah kita sendiri membezakan maksud CINTA, SUKA,KASIH, dan SAYANG?apa bezanya??"aku sukakan kau"dengan "aku jatuh cinta pada kau"..bukankah sama?
Dalam islam cinta digambarkan sebagai satu jalinan yang sangat mulia dan suci...aku tak nafikan itu..tapi masihkah ada cinta yg suci itu lagi di zaman transisi modenisme ini???entah-entah ia telah hilang bagaikan kupu-kupu yang telah berterbangan selepas hujan..sayup-sayup meninggalkan harapan..
Cinta masa kini bukan lagi seperti yang digambarkan dalam islam..cinta masa kini bertunjangkan keseronokan,berakarkan keasyikan..cinta masa kini amat menyakitkan..kerana tidak ada lagi orang yang setia dan jujur, semuanya berada di bawah penjajahan nafsu..
Aku takut adakah masih ada cinta untuk aku? cinta yang tanpa kecurangan, cinta yang tanpa penjajahan nafsu,dan cinta yang tanpa pergolakan hati..tapi hanyalah cinta yang berteraskan agama.. aku sering melihat orang di sekeliling aku..aku kagum dengan keindahan wajah yang diberikan kepada setiap wanita dan lelaki itu sendiri.. tapi wajarkah mereka menilai cinta itu sebagai sesutu yg remeh...
Dengarlah kata bicaraku..walaupun tidak seindah kata pendeta..Cinta..memang senang diungkapkan..tak dinaafikan begitu..tapi percayalah..tidak ada lagi kewujudan CINTA yang suci........
No comments:
Post a Comment